Friday, 19 June 2015

WIP Hut's Paradise Booties

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepadaMu Ya Allah kerana memberi peluang sekali lagi kepada hambaMu ini untuk menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Hari ini baru masuk hari yang ke-2 dan saya ada byk lagi projek crochet yang menunggu. Dekat ofis hari ini, tak byk sgt kerja jadi boleh ambil masa sikit untuk mengait.

Nama pattern ini adalah Hut's Paradise. Free pattern daripada Hut's Crochet dan pattern boleh dapatkan di sini. Saya guna benang Minlon Pink & Coklat. Tak sangka plak color pink ini lawa gak bila buat projek. Jarum saiz 4/0. Dalam pattern ini saya ikut saiz 6-9 bulan dan ada masalah dengan kiraan stitch. Saya akan cuba buat 1 lagi booty ni dan kalau saya masih mengalami masalah yang sama, kena email lah designer die utk jelaskan.:)



Happy Crocheting! ^^

Thursday, 11 June 2015

Free Knit Baby Booties

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Har, nak kongsi gambar baby booties. Yang ni pulak jenis knitting. Suka sangat dengan pattern Saartje Booties ni. Korang boleh tgk memang ada beberapa warna yang saya buat. Free pattern boleh dapatkan di sini dan ini pula blog owner die (Di Sini)



Comel kan? Tag dlm gambar booties warna coklat oren tu adalah tag yang saya gunakan tahun lepas. Ingat nak guna brand MiMi, tapi mcm poyo sangat. Lepas dapat idea guna SimpleMie, ingat nak terus guna nama ni jer lah sebagai branding. Kenapa branding? Sebab niat di hati nak jadi peniaga. Nak buka online bisnes jual benang dan sekarang ini masih dalam perancangan lagi :)

Selepas itu, Mary Jane Booties pulak. Yang ini lagi senang sebab ada satu strap jer.
Free pattern boleh dapatkan di sini.

Semua projek ni guna benang Minlon dan jarum 3.0mm. Boleh muat baby 0-3 bulan. Nak saiz besar, guna jarum saiz besar dan juga benang besar.


Happy Knitting! ^^

Free Crochet Baby Hippo Hat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Yang ini pula pattern Hippo Hat! Pattern dia memg cute cuma hasil yang saya buat ini tidak berapa kemas. Kena banyakkan mengait lagi. Free pattern boleh dapatkan di sini.

Saiz yang saya buat ini untuk 1 tahun. Guna benang Minlon dan juga crochet hook saiz 4.5mm. Benang Minlon kena pegang double (saya tak tahu kalau teknik ni ada nama) dan saya ikut saiz Child dalam pattern Hippo Hat ini.


Happy Crocheting! ^^

Free Crochet Baby Owl Hat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya nak kongsi gambar projek Baby Owl Hat yang saya buat. Free pattern yang saya gunakan boleh pergi di sini. Benang yang saya gunakan adalah benang Minlon dan juga jarum crochet saiz 4.5mm. Saya kait dengan memegang dua benang Minlon supaya dapat saiz benang Aran/Worsted Weight sebab kalau saya tak silap, benang Minlon kategori 4ply/Sport Weight. Oleh sebab saya masih tak ada benang kategori Aran ni, macam inilah yang saya boleh buat :p



Dalam pattern Owl Hat ini, designer dia guna jarum saiz 5.0mm, jadi untuk mendapatkan saiz 6-9bulan, saya follow jer saiz Toddler dalam pattern Owl Hat ini.


Happy Crocheting! ^^